Saturday, March 29, 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

Insan ini idolaku.Walaupun telah lama arwah pergi meninggalkan kita November tahun lepas, aku masih mengingatinya seumpama ia seperti adik kandungku.Saban hari aku jadikan arwah sebagai inspirasi dalam kehidupan seharian , baik perbuatan dan fikiran.Allah telah menciptakan arwah untuk aku dan kau musabahah diri dan bekerja sehabis baik dalam apa jua pekerjaan dan sentiasa berbakti.

Bila aku alpa atau lalai bukunya pasti mendorong semangat aku dan membuat aku teruja dengan kehidupan.Alhamdullilah. Syukur aku masih bernafas dan mampu beramal.

Siapa jejaka ini? Apa hebatnya tentang dia? Beliau ialah Ahmad Ammar seorang pelajar yang bijak lagi tekun , sahabat yang prihatin, anak dengan pengakhiran yang baik, murabbi dan pencetus ummah.Malah tidak keterlaluan jika kami katakan beliau seorang Mu'addib.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. 

Kematian beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai orang. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel. Sahabatnya menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.  Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Baca dan pelopori kisah serta catatan arwah dalam buku berjudul Cerita Cinta Ahmad Ammar.Bagi yang belum memilikinya boleh pre- order buku tersebut sebelum 4 April 2014 ini. Stok terhad.PM di facebook page Urbaniqab  segera untuk booking. Harga RM 23 (tambah RM6 untuk pos laju Semenanjung dan RM9 Sabah Sarawak.)