Al Quran pabila ia hanya diletakkan di atas para ataupun rak tinggi , ia hanyalah perhiasan. Jika ia dibawa dan dijunjung ia dipanggil mushaf. Sekiranya kita membacanya ia digelar Al Kitab. Jika kita menjadikan Al Quran itu sebagai bahan rujukan dan undang undang menentukan hak dan batin ia digelar Al Furqan. Al -Quran juga Al- Nur kerana mempunyai cahaya untuk menerangi kegelapan hidup dan mukjizat penyembuhan (as syifa) dan juga Al Mubin petunjuk yang jelas lagi terang.
Menjelang Romadhon ini tentu ramai yang ingin membaca dan mengambil peluang ini untuk menghafal Al Quran.
Pada minggu lepas , Allah memberi kesempatan untuk saya hadiri seminar tip menghafaz dan bertadabbur. Panel panel Ustaz menunjukkan cara mentadabbur dan juga beberapa teknik menghafal.
Tajuk : Nikmatnya Menghafal & Bertadabbur Al Quran
Penceramah:
1.Ustaz Deden M. Makhyaruddin, hafiz (Johan Pertama kategori Tahfiz & Tafsir peringkat antarabangsa di Morocco, 2011)
2. Ustaz Bachtiar Nasir
3.Ustaz Dr Basit Abd Rahman.
Tarikh , Masa & Lokasi :
14 Jun 2015 Ahad 10pagi -6 petang , Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Kuala Lumpur Malaysia.
10 Tips dan Cara Nikmat Menghafal Quran:
1. Memulakan bacaan dengan Taawudz (Auzubillah) , Basmallah dan juga doa membaca Al Quran :
"Allahummar hamna bil Qur'an "
Ya Allah , rahmati kami dengan Al Quran.
serta amalkan Surah Al Baqarah ayat 32 dan menjaga adab -adab Al Quran seperti menghadap kiblat tika membaca Al Quran, berwudhuk dan menutup aurat.
2. Menghafal tidak harus hafal.
Lumrah manusia sukakan pada keindahan dan apabila kita sukakan sesuatu ia pasti terpahat di ingatan dengan mudah, tanpa perlu bersusah payah atau berusaha untuk mengingati . Misalnya wanita umpamanya akan berupaya menerangkan segala perincian tentang baju atau tudung yang diingini ketika membeli belah atau seseorang itu boleh menceritakan keseluruhan jalan cerita buku atau filem kegemarannya.
3.Menghafal tidak tergesa-gesa tetapi juga bukan untuk ditunda-tunda.
Menghafal bukan untuk segera khatam, tetapi untuk hidup setia bersama Al Qur’an agar lebih dekat dengan Allah.
Tahukah Saidina Umar r.a "membaca" surah Al Baqarah 12 tahun ( bukan kerana beliau tidak tahu membaca tetapi mengambil masa lama untuk memahami dan bertadabbur (kaji dan hayati) )
Usah bertangguh melakukan kebaikan kerana syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan melalaikan kita.
4. Menghafal akan berasa senang jika sedang dirindukan ayat. Jika ada ayat atau kata yang susah diingat/dihafal, maka sebenarnya orang itu sedang dirindukan oleh ayat tersebut. Oleh kerana terlalu rindunya ayat itu dengan kita, maka dia tidak mahu kita berganjak darinya. Allah sedang menghadiahkan kita untuk "meluangkan masa" lebih lama bersama ayat tersebut.
Ada kala dosa - dosa lampau kita menghalang kita dari mengingati dan menghafal ayat tersebut. Anggaplah ia sebagai kafarah , peringatan dan teguran sayang dari Allah , justeru segeralah bertaubat, berhenti bermaksiat dan ulangi ayat tersebut sehingga berjaya.Usah berputus asa ,Allah ingin memberi pengampunan pada dosa kita & menghantar ayat itu untuk kita berdialog dan bermonolog denganNya lebih lama.
5. Menghafal Al Quran itu bukan dengan “sabar”, tetapi dengan rasa “syukur”. Bersabar hanya untuk musibah , bukan dalam menikmati Al Quran kerana Al Quran itu nikmat Allah.
Jika kita menghafal dengan sabar, bererti kita seperti sedang mendapat musibah. Akan tetapi kalau kita menghafal dengan rasa syukur, bererti kita sedang menikmati ayat -ayat Al Quran & mendapat rahmat dari Allah. Menghafal Al-Qur’an adalah nikmat, bukan musibah. Maka harus lebih banyak bersyukur, bukan bersabar. Menghafal akan lebih mudah jika kita menikmatinya dan bersyukur.
6.Menghafal itu ibarat makan sesuap-sesuap, jangan gelojoh atau makan sekaligus kesemuanya kerana ia bisa memudaratkan contohnya muntah / ganggu pencernaan perut. Kelazatan makanan akan lebih terasa jika kita menikmatinya mengikut kadar kemampuan kita, tidak tergesa - gesa ingin cepat-cepat selesai. Sepertimana daya ingatan otak kita yang terbatas pasti akan merasa penat jika dipaksa menghafaz lebih dari kemampuan dan tahap upaya sesorang berlainan kerana setiap manusia diciptakan berbeza - beza.
7. Menghafal dengan fokus pada “perbedaan”, abaikan “persamaan”.
80% ayat Al Qur’an itu adalah kata/kalimah pengulangan, sehingga penghafalnya hanya perlu fokus 20% kekuatan memori untuk menghafal ayat ayat yang selebihnya. Jika fokus pada “perbedaan”nya, maka proses menghafal akan jadi lebih mudah.
Contoh sebahagian pengulangan ayat:
1) Alim lam mim terdapat di dalam 6 surah :
1. Al-Baqarah ayat 1
2 .Ali Imran ayat 2
3. Al-Ankabut ayat 15
4. Ar-Rum ayat 16
5. Luqman ayat 17
6. As-Sajdah ayat 18
2) Ayat Surah Ar Rahman diulang 31 kali.
8. Baca dengan tartil & bertajwid. Memahami ayat ayat Al Quran lebih utama dari ingin segera khatam dan mempelajari ,mendalami dan mengamal isi- isi Al Quran dalam kehidupan seharian lebih afdal dari menghafaz semata - mata.
Tujuan kita menghafaz bukan untuk meraih kedudukan tinggi , gelaran mahupun penghormatan tetapi supaya memudahkan kita beramal dengan ayat ayat Al Quran ,menyekolahkan nafsu kita dan meraih redha Allah dengan mendekatkan diri kita denganNya melalui bacaan ayat-ayat Al Quran.
9. Tetapkan waktu khusus untuk proses pengulangan ayat (muroja’ah) kerana nikmat menghafal adalah membaca ayat berulang kali. Menghafal secara rutin dan konsisten, minima satu satu jam sehari. Waktu yang dicadangkan mentadabbur dan menghafal ialah 1/3 malam namun digalakkan juga mengamal ayat ayat Al Quran dalam jadual seharian seperti ketika memandu mendengar ayat ayat Al Quran , berzikir dengan ayat Al Quran , membaca doa - doa dengan ayat Al Quran misalnya jika seorang ibu beramal dengan ayat At -Thur ayat 21 [52:21] mendoakan seluruh keluarga masuk syurga , menjadikan Yasin sebagai zikir selepas solat atau membaca ayat hafalan yang lancar dalam solat dan sebagainya.
Orang yang layak disebut sebagai Hafiz (penghafal) Quran jika dia sering mengulang bacaannya untuk menjaga hafalannya. Jika tidak sering mengulang, maka ia bukan seorang Hafiz Quran.
Rasulullah saw sudah berpesan sejak dahulu bahawa menghafal Al-Quran itu mudah namun sangat mudah juga dilepaskan, bahkan lebih cepat lepas dari haiwan buruan yang tidak diikat.
10. Sentiasa bersama Al Quran dan mengulang hafalan kerana Allah. Audit nawaitu .Isi waktu dengan Al Quran dan memanfaatkan nikmat yang kita ada. Dahulu orang - orang tua di kampung terpaksa membawa cucu ke hulur hilir untuk temani mereka mengaji ke rumah ustaz atau guru mengaji kerana penglihatan mereka agak kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas nombor bas. Diceritakan juga seorang Syeikh yang buta menangis kerana tidak dapat melihat anak didik graduannya yang berjaya menghafal Al Quran kerana dia teringin melihat wajah-wajah anak tahfiz.Kita seharus bersyukur kerana mendapat nikmat melihat , mendengar dan membaca Al Quran.
Membiarkan waktu luang tanpa memanfaatkan untuk muroja’ah adalah salah satu natijah Allah akan mencabut kenikmatan hidup bersama Al-Qur’an. Hidup dibawah naungan Al-Qur’an adalah hidup yang paling nikmat, namun hanya segelintir orang saja yang merasakan kenikmatan itu.Agar hafalan bisa lebih terjaga, ada beberapa tips muroja’ah yang dijelaskan oleh Ustaz Deden:
1.Menghafal secara keseluruhan dengan "bil ghayb" (tanpa memegang mushaf). Mengulang hafalan dengan tujuan melancarkan bacaan.
2.Menyemak dan mencatat kekeliruan yang terjadi sewaktu membaca ayat hafalan sebagai bahan evaluasi.
3.Kategorikan hafalan untuk dimuroja’ah (ulang).
Mengulang hafalan yang sudah lancar ,hafalan yang belum lancar serta hafalan baru.
Cara muroja’ahnya dimulai dari yang terbaru/paling segar, kerana ini yang paling mudah dan lancar. Setiap hari diulangi sampai tujuh hari berturut-turut. Setelah itu boleh ditinggalkan selama seminggu. Kemudian pada minggu berikutnya cuba untuk diulangi lagi.Yang paling penting , menghafal bukan berapa helaian muka surat atau berapa juz yang dibaca akan tetapi adalah masa yang diluangkan untuk bersama kitab Allah.
Dalam menghafal Al-Qur’an juga ada dua jenis penghafal, pertama menghafal karena nafsu dan yang kedua menghafal karena Allah.
Ciri -ciri orang yang menghafal kerana nafsu :
1) Selalu berfikir, bagaimana menghafal menjadi mudah & cepat.
2)Terburu-buru ingin segera selesai 30 juzuk.
Ciri -ciri orang menghafal kerana Allah:
1) Menghafal baginya adalah sebuah kenikmatan.
2)Dia selalu merasa senang dengan yang sulit.
3)Tidak cepat berputus asa dan menyerah.
4) Berusaha untuk terus mempertahankan hafalannya sampai mati.
Diharap tips tersebut dapat membantu kalian untuk menghafal dan mentadabbur Al Quran. Selamat beramal dan menyambut bulan Al Mubarrak.
No comments:
Post a Comment