Thursday, March 26, 2015

Siapa Imam Bukhari?

Bagi yang terlepas webminar Syeikh Omar tentang Imam Bukhari ,boleh lihat di video youtube :

https://youtu.be/v2vmBXCsr80

Ini catatan sendiri biodata ringkas Imam Bukhari .Moga bermanfaat .

Nama Asal : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari atau lebih dikenal Imam Bukhari

Lahir : Hari Jumaat 13 Syawal 196 H/810 M  

Wafat : 1 Syawal 256 H/870 M
(Umur 62 tahun) .

Beliau meninggal dunia di Khortanaq sebelum bertolak ke Samarkhand dengan untanya. Imam Bukhari berasa pening kepala, muntah dan jatuh sakit.
Sebelum itu beliau telah diuji dengan ujian fitnah yang berat beberapa kali ketika umur 60 tahun kerana hasad dengki dan cemburu pada populariti beliau & Allah telah memakbulkan doanya di malam terakhir Ramadhan. Jenazahnya dikebumikan di utara Samarkhand.

Tempat lahir : Bandar Bukhara di Khorasan ( kini Uzbekistan).

Beberapa perkara menarik mengenai Imam Bukhari.

Datuk Moyang :Al Mughirah peluk Islam. Asal Parsi , bukan Arab dan dahulu adalah pagan - Majusi ( menyembah Matahari).

Ayah :  Pengkaji dan penulis hadis serta ahli fiqh.Bermahzab Maliki & anak murid Imam Malik. Meninggal dunia di waktu muda sewaktu Imam Bukhari masih kanak kanak. Amat berhati terhadap perkara syubhah dan halal sehingga ia diwarisi oleh anaknya Imam Bukhari biarpun Imam Bukhari tidak pernah mengenali ayahnya.
Antara contoh tingginya adab dan akhlak Imam Bukhari:

Imam Bukhari pernah tersenyum melihat telatah lucu gurunya yang buta kerna gurunya begitu ghairah menyampaikan syarah mengenai Rasulullah. Imam Bukhari khuathir perbuatannya tersenyum itu mempersendakan gurunya & adalah sebahagian dari ghibah maka segera beliau memohon maaf kepada gurunya.

Ibu : Balu dan sentiasa berdoa Imam Bukhari dipulih penglihatannya sehingga pada satu malam bermimpi bertemu Rasulullah & atas berkat doa ibunya Imam Bukhari pulih penglihatan pada usia 10 tahun.

Cerdas & punya daya hafalan tinggi :
- Beliau pernah berkata , " Aku hafal 100 ribu hadis tetapi aku juga menghafal 200 ribu hadis palsu "

- Pernah diejek kerana tidak mencatat nota dalam halaqah. Lazimnya beliau akan berdiam diri bila diejek oleh rakan sekelasnya sehingga satu hari dia menyuruh mereka mengujinya dengan 1500 hadis yang mereka telah tulis. Bukan sahaja beliau dapat mengingati semua malah memperbetulkan segala kesalahan nota mereka sehingga rakan rakannya duduk semalaman memperbetulkan catatan mereka.

- Antara Imam dan perawi lain yang pernah menjadi anak murid kepada Imam Bukhari ialah Imam Muslim , Imam Malik dan Tirmidzi.Guru-guru yang pernah mendidik Imam Bukhari  juga pernah menjadi anak murid dan belajar dari Imam Bukhari .

- 11 tahun ; Beliau pernah menegur kesalahan gurunya Syeikh Ad Dakhili ketika gurunya sedang mengajar hadis dalam halaqah.

-12 tahun ; Hafal lebih 7000 hadis , khatam kitab Al Waki & Mubarak.

-  16 tahun ;Tunaikan haji dengan ibunya  dan meminta kebenaran untuk menetap di Hijaz ( Mekah & Madinah). Waktu ini Imam Bukhari telah habis berguru dengan semua 1800 guru di Khorasan & hafal 70,000 hadis. Di Hijaz , beliau berguru dengan ramai ulama dan mengembara ke Bashrah ,Kufah Baghdad ,Syam (Syria) Mesir dan berulang alik mengkaji hadis serta fiqh.

18 tahun ; Beliau menerbitkan kitab pertamanya “Qudhaya as Shahabah wat Tabi’ien” (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan Tabi’ien).

21 tahun:  Mula mengumpul hadis sahih setelah mendengar hajat gurunya  Syeikh Ishaq alangkah baik jika ada perawi yang mengumpulkan segala sumber hadis yang sahih dijilidkan ke dalam sebuah kitab yang boleh dijadikan sumber rujukan yang muktabar.Maka  Imam Bukhari mula meneliti 600 000 hadis dan mula menulis kitab hadis pada usia 21 tahun.  Sebelum menulis beliau akan berwudhuk, memakai wangian dan solat istikharah.

Imam Bukhari pernah berkata dalam kitabnya,"Aku takhrijkan sahih ini hasil daripada koleksi 600 ribu buah hadis dan tidaklah aku masukkan 1 hadis pun ke dalamnya kecuali terlebih dahulu mengerjakan solat 2 rakaat."

Akhirnya lahirlah kitab hadis yang berjudul " al-Jāmi’ al-Musnad al-Sahīh al-Mukhtaṣar min umūr Rasûl Allāh wa sunnanihi wa ayyāmihi " atau dikenali hari ini sebagai Shahih Bukhari .Ia dianggap kitab yang terunggul dan sahih (benar) selepas Al Quran.

Imam Bukhari seorang yang teliti dan seperti para fuqaha dan Imam terdahulu sangat prihatin dan menjaga adab dan akhlak dengan Allah.Imam Bukhari mengutip sisa sisa janggut seorang jemaah masjid dan membuangnya.Beliau tidak menegur jemaah tersebut malah menunggu sehingga orang itu beredar.

Beliau juga pengamal sunnah antara kegemarannya ialah memanah sehingga dikatakan sasaran anak panahnya sentiasa tepat. Imam Ahmad Hanbali menyifatkan beliau seorang yang paling hebat yang pernah dia temui dari Khorasan dan beliau tidak pernah berbicara mengenai hadis sewaktu pertama kali bersua dengannya namun dia dapat melihat keperibadian,kewarakan dan ketinggian ilmu melalui sunnah yang dihidupkan oleh Imam Bukhari.