Tuesday, July 28, 2015

Hijrah & Hijab

Make the change today. Take the leap of faith now before it is too late, though it might not be for the fainted heart but at least give it a try and try to do it the very best you can for the sake of Allah.

I remembered when I first started to wear hijab & decided to change my lifestyle 360°, my dad sat down with me about four hours during our vacation trip at Bangkok. We had this heavy  & heated discussions about Islam , the Quran , laws and Ideology in our hotel room .He even called me an extremist because I took few radical steps such as shaving my head bald (because I used to coloured my hair blond), donated all my sexy dresses and short skirts and bought myself long abayas and hijabs instead of making small baby steps.

However , Alhamdulillah my hijrah ,(transition) from wearing long hijabs (the Malays described as tudung labuh aka Ustazah) to niqab was very easy because he already understood my purpose, faith and persepective. He understood that this makes me happy because I felt closer to Allah and I am willingly doing it not because of any influences, pressure , fanatic ideologies etc.

Change is never easy but you still need to be patient, make duaa always and respect others especially parents and family. Even till today some of my friends didn't understand why I am wearing niqab.  Certain things you can explain but some things are better left as it is, & not talk about. Not because taboo or confrontation but it is better to remain silent and say nothing rather than debating and say hurtful things. Off course when we are passionate or serious about what we truly believe , we tend to be very judgemental, strict and see others are not following the word of Allah and everything is haraaaaam and they should repent !!!!
Well my sister in Islam, we tend to forget that we also need to treat our family,friends and especially parents with leniency, poise and respect.

Insha Allah, some day they will understand and Allah will give them hidayah and knowledge like He did to me & the rest of us who decided to change for Allah. Purify your intentions and Insha Allah , Allah shall make it easy for you too.

Saturday, July 18, 2015

Hikmah Bujang Trang trang...

Alhamdulillah di waktu sengang begini dapat membaca tanpa gangguan mesej whatsapp bertalu-talu , kesibukan melayan pertanyaan pelanggan, pertanyaan orang ramai  & urusan kerja kesukarelawanan. Almaklum semua sibuk beraya dengan ketupat dan rendang.

Soalan favourite time raya, "Bila nak kawen?" dapat aku hindarkan buat sementara waktu dalam sehari dua ini kerana bercuti di rumah dan akan makan angin tanpa kehadiran paparazzi dan wartawan .

Paling tidak pun jawapanku, standard macam artis , " Belum ada jodoh.Tolong doakan saya" (Ahaks macam Shahiezy Sam lah plak kan!) Kalau yang tak paham masih propa lagi dengan soalan "probing question" , lazimnya jawapan pun sekerek soalanlah. "Achik , redha kerr dimadukan? ". Amboi !

Bila baca Hamka Kereta Mayat pasti aku akan ketawa berdekah-dekah seorang diri dan membuat aku berfikir tentang kehidupan. Dunia ini lucu dan aneh.

Kehidupan ini bukan sekadar perkahwinan , anak -anak dan kerjaya tetapi peranan kita sebagai khalifah di muka bumi. Banyak yang salah anggap harta kekayaan, zuriat , perkahwinan , pangkat itu segala-galanya dan kunci kebahagian. Kebahagiaan bukan terletak pada materialis.

Bujang bukan bererti kita tidak dapat meraih pahala seperti laki bini yang boleh berjemaah dirumah atau isteri yang melahirkan anak ,menjaga makan minum dan sebagainya. Allah itu Adil dan Maha Mengetahui.

Allah beri kelapangan waktu ,kebebasan serta kemudahan & keringanan pada yang solo seperti kita ini tanpa tanggungjawab berat untuk beribadat seperti dapat pergi ke masjid  & majlis ilmu mengikut kesukaan kita , boleh menuntut ilmu ,mengembara ke mana saja kita suka tanpa izin suami  & keluar rumah berjihad ke jalan Allah dan berbakti pada masyarakat kerana diri kita belum tertahkluk dan kepunyaan si suami. Daya fokus dan khusyuk juga lebih berkualiti dan tidak terbeban dengan perkara remeh.

Adakala Allah tidak memakbulkan sesuatu permintaan untuk memelihara dari dosa dan terleka dengan keasyikan dan kesibukan dunia. Adakala Dia melambatkan sesuatu perkara untuk kita jadi lebih bersedia, matang dan memperlengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya. Dan adakala Dia ingin menghadiahkan sesuatu yang lebih baik dan paling aku suka ganjaran akhirat yang tidak bisa dihadam otak atau mana mana manusia , Rasulullah the ultimate man menunggu kita di pintu surga buat mereka yang bersabar. What more could you ask for?

Bak kata Hamka Kereta Mayat , "Jadi waktu bujang, cuba habiskan masa membuat perkara yang tak boleh kongsi dengan bini, contohnya mengembara panjat gunung, pergi ke negara miskin macam india, duduk berjam jam membaca sejarah dunia di perpustakaan awam, memancing ikan sorang sorang dalam hutan, menonton 100 filem terbaik dunia yang bercorak berat, berdakwah masuk hutan jumpa orang asli, membaca kitab tafsir Al quran di masjid berjam jam, bergaul dengan ustaz ulamak dan sebagainya.., tempat peranginan seperti cameron higland, genting higland, unversal stadio, disneyland, pulau peranginan dan lain lain tempat romantik, tunggu lepas kahwin baru pergi dengan bini."

As for me , enjoy life while you still can.You don't need  someone special to make you happy. START LIVING NOW.
Bermusafir sepuasnya sampai kaki lebam tumit melecet. Mengembara ke seluruh pelusuk negeri walaupun hanya Jalan Georgetown mencari nasi kandar terbaik kerana di setiap perjalanan yang kau tempuhi dikau akan belajar sesuatu yang menarik dan mengenal perit jerih manusia mencari rezeki justeru baru kita lebih menghargai kehidupan. Dan bilamana kau telah menjelajah banyak negeri dan daerah asing ,  merasai setiap pengalaman unik dan berbahaya (young & dangerous gittew)  menyelusuri jeram sungai ,mendaki bukit bukau dan menikmati permandangan indah ciptaanNya , hatimu akan membisik untuk mengenali Tuhanmu setelah kau mengenali kehidupan.

Semua itu telah aku lalui.
Setiap episod kembara itu ...
Aku mencari sesuatu untuk menutup ruang kosong..
Mencari definisi kebahagiaan.
Tetapi rupanya bahagia itu bukan di jalanan , di karaoke & panggung wayang , di Eiffel Tower atau di celah keramaian anak-anak, sanak saudara dan cucu cicit.

Tetapi di dalam hati kita.
Hati yang tenang MengingatiNya.
Rupanya, selama ini Allah duduk dekat dengan kita.