Monday, June 15, 2015

Tips Menghafal Al - Quran

Al Quran pabila ia hanya diletakkan di atas para ataupun rak tinggi , ia hanyalah perhiasan. Jika ia dibawa dan dijunjung ia dipanggil mushaf. Sekiranya kita membacanya ia digelar Al Kitab. Jika kita menjadikan Al Quran itu sebagai bahan rujukan dan undang undang menentukan hak dan batin ia digelar Al Furqan. Al -Quran juga Al- Nur kerana mempunyai cahaya untuk menerangi kegelapan hidup dan mukjizat penyembuhan (as syifa) dan juga Al Mubin petunjuk yang jelas lagi terang.

Menjelang Romadhon ini tentu ramai yang ingin membaca dan mengambil peluang ini untuk menghafal Al Quran. 

Pada minggu lepas , Allah memberi kesempatan untuk saya hadiri seminar tip menghafaz dan bertadabbur. Panel panel Ustaz menunjukkan cara mentadabbur dan juga beberapa teknik menghafal.

Tajuk : Nikmatnya Menghafal & Bertadabbur Al Quran

Penceramah:
1.Ustaz Deden M. Makhyaruddin, hafiz (Johan Pertama kategori Tahfiz & Tafsir peringkat antarabangsa di Morocco, 2011)
2. Ustaz Bachtiar Nasir
3.Ustaz Dr Basit Abd Rahman.

Tarikh , Masa & Lokasi :
14 Jun 2015 Ahad 10pagi -6 petang , Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Kuala Lumpur Malaysia.

10 Tips dan Cara Nikmat Menghafal Quran:

1. Memulakan bacaan dengan Taawudz (Auzubillah) , Basmallah dan juga doa membaca Al Quran :

"Allahummar hamna bil Qur'an "

Ya Allah , rahmati kami dengan Al Quran.

serta amalkan Surah Al Baqarah ayat 32  dan menjaga adab -adab Al Quran seperti menghadap kiblat tika membaca Al Quran, berwudhuk dan menutup aurat.

2. Menghafal tidak harus hafal.

Lumrah manusia sukakan pada keindahan dan apabila kita sukakan sesuatu ia pasti terpahat di ingatan dengan mudah, tanpa perlu bersusah payah atau berusaha untuk mengingati . Misalnya wanita umpamanya akan berupaya menerangkan segala perincian tentang baju atau tudung yang diingini ketika membeli belah atau seseorang itu boleh menceritakan keseluruhan jalan cerita buku atau filem kegemarannya.

3.Menghafal tidak tergesa-gesa tetapi juga bukan untuk ditunda-tunda. 

Menghafal bukan untuk segera khatam, tetapi untuk hidup setia bersama Al Qur’an agar lebih dekat dengan Allah.

Tahukah Saidina Umar r.a "membaca" surah Al Baqarah 12 tahun ( bukan kerana beliau tidak tahu membaca tetapi mengambil masa lama untuk memahami dan bertadabbur (kaji dan hayati) )

Usah bertangguh melakukan kebaikan kerana syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan melalaikan kita.

4. Menghafal akan berasa senang jika sedang dirindukan ayat. Jika ada ayat atau kata yang susah diingat/dihafal, maka sebenarnya orang itu sedang dirindukan oleh ayat tersebut. Oleh kerana terlalu rindunya ayat itu dengan kita, maka dia tidak mahu kita berganjak darinya. Allah sedang menghadiahkan kita untuk "meluangkan masa" lebih lama bersama ayat tersebut. 

Ada kala dosa - dosa lampau kita menghalang kita dari mengingati dan menghafal ayat tersebut. Anggaplah ia sebagai kafarah , peringatan dan teguran sayang dari Allah , justeru segeralah bertaubat, berhenti bermaksiat dan ulangi ayat tersebut sehingga berjaya.Usah berputus asa ,Allah ingin memberi pengampunan pada dosa kita & menghantar ayat itu untuk kita berdialog dan bermonolog denganNya lebih lama.

5. Menghafal Al Quran itu bukan dengan “sabar”, tetapi dengan rasa “syukur”. Bersabar hanya untuk musibah , bukan dalam menikmati Al Quran kerana Al Quran itu nikmat Allah.

Jika kita menghafal dengan sabar, bererti kita seperti sedang mendapat musibah. Akan tetapi kalau kita menghafal dengan rasa syukur, bererti kita sedang menikmati ayat -ayat Al Quran & mendapat rahmat dari Allah. Menghafal Al-Qur’an adalah nikmat, bukan musibah. Maka harus lebih banyak bersyukur, bukan bersabar. Menghafal akan lebih mudah jika kita menikmatinya dan bersyukur.

6.Menghafal itu ibarat makan sesuap-sesuap, jangan gelojoh atau makan sekaligus kesemuanya kerana ia bisa memudaratkan contohnya muntah / ganggu pencernaan perut. Kelazatan makanan akan lebih terasa jika kita  menikmatinya mengikut kadar kemampuan kita, tidak tergesa - gesa ingin cepat-cepat selesai. Sepertimana daya ingatan otak kita yang terbatas pasti akan merasa penat jika dipaksa menghafaz lebih dari kemampuan dan tahap upaya sesorang berlainan kerana setiap manusia diciptakan berbeza - beza.

7. Menghafal dengan fokus pada “perbedaan”, abaikan “persamaan”. 

80% ayat Al Qur’an itu adalah kata/kalimah pengulangan, sehingga penghafalnya hanya perlu fokus 20% kekuatan memori untuk menghafal ayat ayat yang selebihnya. Jika fokus pada “perbedaan”nya, maka proses menghafal akan jadi lebih mudah.

Contoh sebahagian pengulangan ayat:

1) Alim lam mim terdapat di dalam 6 surah :

1. Al-Baqarah ayat  1 

2 .Ali Imran  ayat  2

3.  Al-Ankabut  ayat 15  

4. Ar-Rum ayat 16

5.  Luqman  ayat 17

6.  As-Sajdah  ayat 18 

2) Ayat Surah Ar Rahman diulang 31 kali.


8. Baca dengan tartil & bertajwid. Memahami ayat ayat Al Quran lebih utama dari ingin segera khatam dan mempelajari ,mendalami dan mengamal isi- isi Al Quran dalam kehidupan seharian lebih afdal dari menghafaz semata - mata.


Tujuan kita menghafaz bukan untuk meraih kedudukan  tinggi , gelaran mahupun penghormatan tetapi supaya memudahkan kita beramal dengan ayat ayat Al Quran ,menyekolahkan nafsu kita dan meraih redha Allah dengan mendekatkan diri kita denganNya melalui bacaan ayat-ayat Al Quran.

9. Tetapkan waktu khusus untuk proses pengulangan ayat (muroja’ah)  kerana nikmat menghafal adalah membaca ayat berulang kali.  Menghafal secara rutin dan konsisten, minima satu satu jam sehari. Waktu yang dicadangkan mentadabbur dan menghafal ialah 1/3 malam namun digalakkan juga mengamal ayat ayat Al Quran dalam jadual seharian seperti ketika memandu mendengar ayat ayat Al Quran , berzikir dengan ayat Al Quran , membaca doa - doa dengan ayat Al Quran misalnya jika seorang ibu beramal dengan ayat At -Thur ayat 21 [52:21] mendoakan seluruh keluarga masuk syurga , menjadikan Yasin sebagai zikir selepas solat atau membaca ayat hafalan yang lancar dalam solat dan sebagainya.

Orang yang layak disebut sebagai Hafiz (penghafal) Quran jika dia sering mengulang bacaannya untuk menjaga hafalannya. Jika tidak sering mengulang, maka ia bukan seorang Hafiz Quran.

Rasulullah saw sudah berpesan sejak dahulu bahawa menghafal Al-Quran itu mudah namun sangat mudah juga dilepaskan, bahkan lebih cepat lepas dari haiwan buruan yang tidak diikat.

10. Sentiasa bersama Al Quran dan mengulang hafalan kerana Allah. Audit nawaitu .Isi waktu dengan Al Quran dan memanfaatkan nikmat yang kita ada. Dahulu orang - orang tua di kampung terpaksa membawa cucu ke hulur hilir untuk temani mereka mengaji ke rumah ustaz atau guru mengaji kerana penglihatan mereka agak kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas nombor bas. Diceritakan juga seorang Syeikh yang buta menangis kerana tidak dapat melihat anak didik graduannya yang berjaya menghafal Al Quran kerana dia teringin melihat wajah-wajah anak tahfiz.Kita seharus bersyukur kerana mendapat nikmat melihat , mendengar dan membaca Al Quran.

Membiarkan waktu luang tanpa memanfaatkan untuk muroja’ah adalah salah satu natijah Allah akan mencabut kenikmatan hidup bersama Al-Qur’an. Hidup dibawah naungan Al-Qur’an adalah hidup yang paling nikmat, namun hanya segelintir orang saja yang merasakan kenikmatan itu.Agar hafalan bisa lebih terjaga, ada beberapa tips muroja’ah yang dijelaskan oleh Ustaz Deden:

1.Menghafal secara keseluruhan dengan "bil ghayb" (tanpa memegang mushaf). Mengulang hafalan dengan tujuan melancarkan bacaan.

2.Menyemak dan mencatat kekeliruan yang terjadi sewaktu membaca ayat hafalan sebagai bahan evaluasi.

3.Kategorikan hafalan untuk dimuroja’ah (ulang).

Mengulang hafalan yang sudah lancar ,hafalan yang belum lancar serta hafalan baru.

Cara muroja’ahnya dimulai dari yang terbaru/paling segar, kerana ini yang paling mudah dan lancar. Setiap hari diulangi sampai tujuh hari berturut-turut. Setelah itu boleh ditinggalkan selama seminggu. Kemudian pada minggu berikutnya cuba untuk diulangi lagi.Yang paling penting , menghafal bukan berapa helaian muka surat atau berapa juz yang dibaca akan tetapi adalah masa yang diluangkan untuk bersama kitab Allah.

Dalam menghafal  Al-Qur’an juga ada dua jenis penghafal, pertama menghafal karena nafsu dan yang kedua menghafal karena Allah.

Ciri -ciri orang yang menghafal kerana nafsu :
1) Selalu berfikir, bagaimana menghafal menjadi mudah & cepat.
2)Terburu-buru ingin segera selesai 30 juzuk.

Ciri -ciri orang menghafal kerana Allah:
1) Menghafal baginya adalah sebuah kenikmatan.
2)Dia selalu merasa senang dengan yang sulit.
3)Tidak cepat berputus asa dan menyerah.
4) Berusaha untuk terus mempertahankan hafalannya sampai mati.

Diharap tips tersebut dapat membantu kalian untuk menghafal dan mentadabbur Al Quran. Selamat beramal dan menyambut bulan Al Mubarrak.

Thursday, April 09, 2015

Mengapa Al Quran dibahagikan kepada Juzuk? Pelajari cara pembahagian Al Quran.

Allah memerintahkan manusia untuk mengkaji dan memahami isi Al Quran, seperti dijelaskan pada Surah Al-Qomar [54 : 17 ] ;


“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan AI-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?”.

Jom, kita kaji Al Quran. Pernah tak tertanya kenapa Al Quran dibahagi kepada 30 Juzuk dan apa tanda tanda di sisi muka surat?

PEMBAHAGIAN AL QURAN
---------------------------
Kenapa Al Quran dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti juz dan apa maksud tanda 1/4 di sisi muka surat?

Ulama membahagikan kepada bahagian kecil dan juzuk untuk memudahkan proses penghafalan dan khatam Al Quran. Mereka membahagikan kepada 30 juzuk bersamaan dengan 30 hari di bulan Ramadhan untuk mereka mudah bertadarus setiap hari dan khatam Al Quran dalam masa sebulan.

Al Quran dibahagi kepada 30 Juz  dan 60 hizb yang mengandungi 114 surat atau surah yang diberi nama.

114 Surah dibahagi kepada 4 iaitu :

★Assab’uththiwaal iaitu 7 surah yang panjang  :
(1) Al Baqarah – 286 ayat dan 47 muka surat,
(2) Ali Imran – 200 ayat dan 29 muka surat
(3) An Nisaa’ – 120 ayat dan 29 muka surah
(4) Al Maaidah – 120 ayat dan 11 muka surat
(5) Al An’aam – 165 ayat dan 22 muka surat
(6) Al A’raaf – 206 ayat  dan 26 muka surat dan
(7) Yunus – 109 ayat dan 12 muka surat.

Surat-surat yang panjang terbahagi lagi kepada sub bahagian kecil yang disebut ruku' yang membahas tema atau topik tertentu.

Istilah ruku'  digunakan dalam pembahagian halaman Al-Qur'an, selain di akhir surah dan atau Juz. Ruku' umumnya membatasi ayat-ayat yang berada pada satu tema dengan tema yang selanjutnya. Ia juga digunakan sebagai panduan tempat untuk berhenti membaca, agar tidak berhenti dipertengahan tema atau di tempat terlarang.

★Al Miuun iaitu surat yang mempunyai 100 lebih ayat.

★Al Matsaani iaitu surah yang mempunyai ayat kurang dari 100.

★Al Mufashshal iaitu surah pendek.
seperti Al Ikhlas , An Nas dan Al Falaq.

1 hizb dibahagi pula kepada 4 yang bertanda di sisi muka surat seperti ¼ hizb, ½ hizb dan ¾ hizb.

Setiap hizb dibahagi menjadi empat dengan tanda-tanda ar-rub (satu perempat), an-nisf (seperdua), dan as-salsalah (tiga suku).

2 Hizb (8 bahagian Maqra' ) bersamaan dengan 1 Juzuk Al Quran.

Pembahagian juz adalah berdasarkan jumlah bilangan muka surat.
Pembahagian Hizb bersandarkan bilangan huruf.
Pembahagian ruku' bersandarkan pada tema dan topik ayat.

♥1 Al-Quran = 30 juzuk
♥1 Juzuk = 2 Hizb
♥1 Hizb = 4 Maqra'
♥1 Juzuk = 10 helai = 20 mukasurat
♥1 mukasurat = 15 baris ayat.
==> 30 Juzuk = 60 Hizb = 240 Maqra'

----------------------------------

Cara / Teknik Khatam Al Quran

Program bacaan Al -Quran secara istiqamah:
1 hari baca 1 maqra'
==> Khatam dalam 8 bulan 

1 hari baca 2 maqra'
==>  Khatam dalam 4 bulan

1 hari baca 1 hizb = 4 maqra'
==> Khatam dalam 2 bulan.

1 hari baca 1 juzuk= 2 hizb = 8 maqra' ==> Khatam dalam 1 bulan/ 30 hari.
-----------------------------------

30 JUZUK AL QURAN

Soalan trivia..hehe.

Berapakah jumlah muka surat untuk setiap juzuk?  ( Baru je tadi kita bagi tahu..ingat tak? Hehe)

Jawapannya  : 20 muka surat bersamaan 10 helai. (1 mukasurat ada 15 baris ayat)

Apakah surah surah yang terkandung dalam setiap juzuk?

Berikut merupakan surah -surah mengikut pembahagian 30 Juzuk Al Quran :


♥Juz’ 1 :

 Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141 (1:1-2:141)


♥Juz’ 2 : 

Al Baqarah 142 – Al Baqarah 252 (2:142-2:252)


♥Juz’ 3 :

 Al Baqarah 253 – Al Imran 92 (2:253-3:92)


♥Juz’ 4 :

Al Imran 93 – An Nisaa 23 (3:93-4:23)


♥Juz’ 5 : 

An Nisaa 24 – An Nisaa 147 (4:24-4:147)


♥Juz’ 6 :

 An Nisaa 148 – Al Ma’idah 81 (4:148-5:81)


♥Juz’ 7 :

 Al Ma’idah 82 – Al An’am 110 (5:82-6:110)


♥Juz’ 8 :

 Al An’am 111 – Al A’raf 87 (6:111-7:87)


♥Juz’ 9 ; 

Al A’raf 88 – Al Anfal 40 (7:88-8:40)


♥Juz’ 10 :

 Al Anfal 41 – At Tauba 92 (8:41-9:92)


♥Juz’ 11 : 

At Tauba 93 – Hud 5 (9:93-11:5)


♥Juz’ 12 : 

Hud 6 – Yusuf 52 (11:6-12:52)


♥Juz’ 13 : 

Yusuf 53 – Ibrahim 52 (12:53-14:52)


♥Juz’ 14 : 

Al Hijr 1 – An Nahl 128 (15:1-16:128)


♥Juz’ 15 : 

Al Isra (or Bani Isra’il) 1 – Al Kahf 74 (17:1-18:74)


♥Juz’ 16 : 

Al Kahf 75 – Ta Ha 135 (18:75-20:135)


♥Juz’ 17 :  

Al Anbiyaa 1 – Al Hajj 78 (21:1-22:78)


♥Juz’ 18 : 

Al Muminum 1 – Al Furqan 20 (23:1-25:20)


♥Juz’ 19 : 

Al Furqan 21 – An Naml 55 (25:21-27:55)


♥Juz’ 20 :

An Naml 56 – Al Ankabut 45 (27:56-29:45)


♥Juz’ 21 : 

Al Ankabut 46 – Al Azhab 30 (29:46-33:30)


♥Juz’ 22 :

Al Azhab 31 – Ya Sin 27 (33:31-36:27)


♥Juz’ 23 :

 Ya Sin 28 – Az Zumar 31 (36:28-39:31)


♥Juz’ 24 : 

Az Zumar 32 – Fussilat 46 (39:32-41:46)


♥Juz’ 25 : 

Fussilat 47 – Al Jathiya 37 (41:47-45:37)


♥Juz’ 26 :

 Al Ahqaf 1 – Az Zariyat 30 (46:1-51:30)


♥Juz’ 27 :

Az Zariyat 31 – Al Hadid 29 (51:31-57:29)


♥Juz’ 28 :

Al Mujadila 1 – At Tahrim 12 (58:1-66:12)


♥Juz’ 29 : 

Al Mulk 1 – Al Mursalat 50 (67:1-77:50)


♥Juz’ 30 : 

An Nabaa 1 – An Nas 6 (78:1-114:6)

Wednesday, April 08, 2015

"Millionaire" by the Miracle of Quran

How many surah have you read today?

How many ayah that you fully absorbed & understood His word or its meaning per kalimah?

How many Juz have you memorised by heart?

Many dreamt about being rich in life & becoming millionaire or billionaire in business , yet not many when it comes to read Al Quran.

Imam Shafie khatam Al Quran (complete reading whole Al Quran) twice in a day. In Ramadhan ,he khatam 60 times in just one month !!!

Imam Ahmad khatam 1x per one week. However in Ramadhan ,he double his effort & khatam twice weekly.

Imam Bukhari too make extra effort to read more Quran in Ramadhan as he khatam 30 times which means he khatam Al Quran 1 x daily.

SUBHANALLAH.
Normally it takes about 2 days or 1 day and a half to khatam the whole kitab of Al Quran for an average person.

The Imams were scholars of Islam at that time had busier lifestyle than us (they had to entertain inquiries from public,make fatwa , study & memorize hadis and learn fiqh etc) yet they were able to complete reciting the Quran many times in a short period of time.

Yet ,we on the other hand can read the whole trilogy of Lords of The Ring or Harry Porter easily but fail miserably when it comes to our own Holy Book. We have time for movies and fav TV sitcom or series yet we always complaining that we had no time.

Allah is indeed Ar Rahman ~The Beneficient. In Quran ,He mentioned that for every good deeds He will rewarded you 10 times and even more up to 700x.

Al Fatihah has 7 ayah. It has 25 kalimah & 113 'uruf.

For every 'uruf (alphabet e.g alif lam ,mim) , you'll earn 10 x reward  each uruf. Hence you get1130 bonus each time you recite surah Al Fatihah.

Imagine reciting it 17 times in solah five times a day? Total of 19,210 !!!
That is just for one surah only!

Go figure for whole Al Kitab :

 30 Juzuk, 114 surah , 6000+ ayah ,70,000 kalimah and 300,000 uruf? That's 3 millions reward each time you khatam Al Quran.

He bestowed us with this mukjizat (miracle) of Al Quran for us to :
Q - Query & learn
U - Understand
R - Read , Recite , Reminder & Revealation.
A - Acknowledge & Amal (make good deeds & Ibadah)
N - Notice its nobelity , Nur  (Light of Allah) to guide us on right path & Never Give Up as Quran is the solution to all of our problems.

Thursday, March 26, 2015

Siapa Imam Bukhari?

Bagi yang terlepas webminar Syeikh Omar tentang Imam Bukhari ,boleh lihat di video youtube :

https://youtu.be/v2vmBXCsr80

Ini catatan sendiri biodata ringkas Imam Bukhari .Moga bermanfaat .

Nama Asal : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari atau lebih dikenal Imam Bukhari

Lahir : Hari Jumaat 13 Syawal 196 H/810 M  

Wafat : 1 Syawal 256 H/870 M
(Umur 62 tahun) .

Beliau meninggal dunia di Khortanaq sebelum bertolak ke Samarkhand dengan untanya. Imam Bukhari berasa pening kepala, muntah dan jatuh sakit.
Sebelum itu beliau telah diuji dengan ujian fitnah yang berat beberapa kali ketika umur 60 tahun kerana hasad dengki dan cemburu pada populariti beliau & Allah telah memakbulkan doanya di malam terakhir Ramadhan. Jenazahnya dikebumikan di utara Samarkhand.

Tempat lahir : Bandar Bukhara di Khorasan ( kini Uzbekistan).

Beberapa perkara menarik mengenai Imam Bukhari.

Datuk Moyang :Al Mughirah peluk Islam. Asal Parsi , bukan Arab dan dahulu adalah pagan - Majusi ( menyembah Matahari).

Ayah :  Pengkaji dan penulis hadis serta ahli fiqh.Bermahzab Maliki & anak murid Imam Malik. Meninggal dunia di waktu muda sewaktu Imam Bukhari masih kanak kanak. Amat berhati terhadap perkara syubhah dan halal sehingga ia diwarisi oleh anaknya Imam Bukhari biarpun Imam Bukhari tidak pernah mengenali ayahnya.
Antara contoh tingginya adab dan akhlak Imam Bukhari:

Imam Bukhari pernah tersenyum melihat telatah lucu gurunya yang buta kerna gurunya begitu ghairah menyampaikan syarah mengenai Rasulullah. Imam Bukhari khuathir perbuatannya tersenyum itu mempersendakan gurunya & adalah sebahagian dari ghibah maka segera beliau memohon maaf kepada gurunya.

Ibu : Balu dan sentiasa berdoa Imam Bukhari dipulih penglihatannya sehingga pada satu malam bermimpi bertemu Rasulullah & atas berkat doa ibunya Imam Bukhari pulih penglihatan pada usia 10 tahun.

Cerdas & punya daya hafalan tinggi :
- Beliau pernah berkata , " Aku hafal 100 ribu hadis tetapi aku juga menghafal 200 ribu hadis palsu "

- Pernah diejek kerana tidak mencatat nota dalam halaqah. Lazimnya beliau akan berdiam diri bila diejek oleh rakan sekelasnya sehingga satu hari dia menyuruh mereka mengujinya dengan 1500 hadis yang mereka telah tulis. Bukan sahaja beliau dapat mengingati semua malah memperbetulkan segala kesalahan nota mereka sehingga rakan rakannya duduk semalaman memperbetulkan catatan mereka.

- Antara Imam dan perawi lain yang pernah menjadi anak murid kepada Imam Bukhari ialah Imam Muslim , Imam Malik dan Tirmidzi.Guru-guru yang pernah mendidik Imam Bukhari  juga pernah menjadi anak murid dan belajar dari Imam Bukhari .

- 11 tahun ; Beliau pernah menegur kesalahan gurunya Syeikh Ad Dakhili ketika gurunya sedang mengajar hadis dalam halaqah.

-12 tahun ; Hafal lebih 7000 hadis , khatam kitab Al Waki & Mubarak.

-  16 tahun ;Tunaikan haji dengan ibunya  dan meminta kebenaran untuk menetap di Hijaz ( Mekah & Madinah). Waktu ini Imam Bukhari telah habis berguru dengan semua 1800 guru di Khorasan & hafal 70,000 hadis. Di Hijaz , beliau berguru dengan ramai ulama dan mengembara ke Bashrah ,Kufah Baghdad ,Syam (Syria) Mesir dan berulang alik mengkaji hadis serta fiqh.

18 tahun ; Beliau menerbitkan kitab pertamanya “Qudhaya as Shahabah wat Tabi’ien” (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan Tabi’ien).

21 tahun:  Mula mengumpul hadis sahih setelah mendengar hajat gurunya  Syeikh Ishaq alangkah baik jika ada perawi yang mengumpulkan segala sumber hadis yang sahih dijilidkan ke dalam sebuah kitab yang boleh dijadikan sumber rujukan yang muktabar.Maka  Imam Bukhari mula meneliti 600 000 hadis dan mula menulis kitab hadis pada usia 21 tahun.  Sebelum menulis beliau akan berwudhuk, memakai wangian dan solat istikharah.

Imam Bukhari pernah berkata dalam kitabnya,"Aku takhrijkan sahih ini hasil daripada koleksi 600 ribu buah hadis dan tidaklah aku masukkan 1 hadis pun ke dalamnya kecuali terlebih dahulu mengerjakan solat 2 rakaat."

Akhirnya lahirlah kitab hadis yang berjudul " al-Jāmi’ al-Musnad al-Sahīh al-Mukhtaṣar min umūr Rasûl Allāh wa sunnanihi wa ayyāmihi " atau dikenali hari ini sebagai Shahih Bukhari .Ia dianggap kitab yang terunggul dan sahih (benar) selepas Al Quran.

Imam Bukhari seorang yang teliti dan seperti para fuqaha dan Imam terdahulu sangat prihatin dan menjaga adab dan akhlak dengan Allah.Imam Bukhari mengutip sisa sisa janggut seorang jemaah masjid dan membuangnya.Beliau tidak menegur jemaah tersebut malah menunggu sehingga orang itu beredar.

Beliau juga pengamal sunnah antara kegemarannya ialah memanah sehingga dikatakan sasaran anak panahnya sentiasa tepat. Imam Ahmad Hanbali menyifatkan beliau seorang yang paling hebat yang pernah dia temui dari Khorasan dan beliau tidak pernah berbicara mengenai hadis sewaktu pertama kali bersua dengannya namun dia dapat melihat keperibadian,kewarakan dan ketinggian ilmu melalui sunnah yang dihidupkan oleh Imam Bukhari.

Friday, January 30, 2015

Blessing in disguise.

Alhamdulillah it ended. At last.
Gone all the tears. Helllooo smiley face!

Lately i barely slept. It's been a month or two that I had to force myself to sleep by reciting Quran, reading or write till i am really exhausted.

Today , I woke up after 4 hours of sleep, feeling rejuvenated.
I sat in the balcony & watched the sunrise .For the first time I felt a sense of calmness and gratitude. I noticed how big the sun is and how small we are compared to God's creation. So does my little tiny problem. It's nothing compared to the universe.

All this while I've been weeping for a stupid meaningless fling.Yes , people can do stupid things when it comes to the matter of heart. Love makes you blind ,they say. Then after so many phases and stages of drama,denial,rejections, griefing ,contemplating and reasoning, it hit me. All came back to me into pieces like a jigsaw puzzle. I finally see the bigger picture.  I had an epiphany or Oprah's favourite word , " My Aha Moments" . (Yeah , I am know at the stage of accepting ...haha)

I had the life that most people  envied & die for which is Freedom.
I quit my job ,got to do what I love & passionate .I can wake up at anytime I want. Do whatever I wanted. I start up my own company, Urbaniqab Trading, get the opportunity to do charity & volunteering work that lead to freelance job offer with Mercy Mission,meet wonderful strangers & customers that later become best friends .I can travel,eat sleep whenever I like because I had many good friends who gladly open their arms and welcome me anytime at their couch & pantry , which I am really grateful for.Alhamdulillah  , may Allah grant you Jannah , my sahabah for always being there during my loneliest darkest hour especially when I need you the most. 

So why do people get sad & heartbroken really bad?
It's because of the memories, illusions of hope & expectations.

We got carried away with emotions yet we've forgotten to see the beauty that surrounded us and appreciate what we have now.

I realized now .
I am capable of anything.
I might not have big car,big houses,or big family but I have big dreams.
I might not have it all but I've got other things that other people don't have~ Time.

Being single is a blessing too.
The single ones yearned to have beautiful kids ,great husband & happy marriage while the married couple longing for privacy and things they wished they can do when they're still single. We tend to forgot that everything requires commitment ,effort & TIME. Marriage does not define happiness.You don't need people or things to make you feel happy and complete.
What makes you happy is YOU.

The sooner you realize that things are the way it is because Allah had decreed something much more better for you , the easier you'll let things go. Make lots of duaa and ask everyone to make duaa for you too.
And always make duaa for others as well.

Indeed things happen for a reason.
I 'm glad I finally found my "hikmah" & "sakinah".I forgive and am now a working in progress to forget.Strange as it may sound , I feel happy the way things turn out

What makes me able to forgive and forget so quick ? I saw him as not the One. The One will not hurt you & let you face difficulties alone. Beside he is not what I wanted. I want a guy who is faithful, honest,knows exactly what he wants & a leader. Basically a "muslim" & a gentlemen.

Wish me luck then.
I can't hardly wait to embark new beginnings & finally meet "him" one day when the time is right :)

Ameen.

Saturday, April 05, 2014

Soalan duniawi

" Sekarang buat apa?"

"Tak kerja? Belajar tinggi tinggi duduk rumah sahaja?"

"Sudah kahwin? Tunang?"

"Habis buat apa? Berniaga online?"

Soalan -soalan rimas. Soalan soalan masyarakat yang aku malas nak jawab .Tak jawab pun salah juga , lagi banyak telahan dan fitnah berleluasa.

"Wah ... padanlah banyak masa. Boleh buat kerja sukarela,membaca,pergi ke kelas dan macam macam aktiviti!"

"Senanglah bapak ko kaya...bolehlah tak kerja dowh"

"Tak kerja ni tunggu orang masuk meminang ker? Jangan memilih sangat nanti tak laku, baru tau"

"Biznes online ni boleh untung ke?"

Hmmm..kalau ikut hati yang memberontak, memang binasa mulut .Kalau dilayan tak fasal -fasal lebur sahaja pahala bersabar,menggunung dosa kalah Gunung Uhud.

Kadang kadang tu terlepas juga jawapan berbisa sebab aku juga insan biasa, bukan malaikat. Tambah lagi yang bertanya bertubi- tubi itu orang asing, baru mengenali aku tak sampai lima minit sudah menyoal macam Karpal Singh.


Orang sebegini adakalanya aku rasa kasihan dan simpati. Lantang dan kuat bila menghakimi kehidupan seseorang tetapi hakikatnya kalau diselidiki atau sembang lama dengan mereka,aku dapati dia manusia yang mindanya penuh dengan negativiti, sebenarnya punya pelbagai masalah yang lagi berat dan hebat dariku, tidak ada ketenteraman dalam dirinya, kosong dan miskin dari segi amal, pemikiran,masa dan akhlak.

"Hmm.. kalau diberi 48 jam sehari pun jika tidak pandai urus masa dan tepati janji pun tidak berguna. Memberi alasan lebih mudahkan dari mengurus masa? Allah beri kelapangan masa kepada mereka yang Dia kehendaki. Kalau selalu mengeluh sibuk dan katakan diri tak cukup masa ,penat itu dan ini justeru itulah yang akan kita perolehi.Kerana kita tidak bersyukur dengan pemberianNya dan sentiasa berkata demikian hinggakan ia menjadi doa sampaikan sudah jadi mantra harian"  (Macam dia seorang sahaja yang sibuk.haha.Agaknya bagi dia orang tak bekerja itu tidak berbuat apa apa..tiada kerja katakan. Prof Ungku Aziz pernah menukilkan bahawasanya orang yang selalu berkata dirinya sibuk itu hakikatnya adalah orang yang paling tidak banyak kerja.Hanya banyak cakap kurang kerja.Yalah sibuk bercakap kan.)

"Ya belajar tinggi tinggi duduk dapur jer. Kenapa awak nak ambil saya kerja kah?Awak nak bayar gaji saya" (Mungkin dia susah tengok aku tak kerja..hehe.sakit mata kot.Baginya orang tak bekerja ni makan tidur sahaja)

"Bujang.Ada apa dengan status saya? Kenapa akak nak offer suami akak kah? Saya jadi madu akak boleh? Hehe.." (Terkedu kakak kepoci..mungkin tak sangka terpacul jawapan bonanza)

"Belum cuba belum tahu.Lagipun rezeki Allah tu di mana mana.Rezeki Allah itu luas. Berusaha dan niat sahaja aku berniaga kerana Allah Taala. Tak kira apa kaedahnya asalkan halal dan amanah."

Nah..itu jawapanku bagi wartawan yang tak henti henti melemaskan aku dengan soalan cepu mas.Soal sesedap rasa tanpa memikirkan perasaan tetapi yang lucunya bila sudah diberi jawapan terasa hati pula. Usah melihat keaiban atau mencari kekurangan orang lain sebaliknya fokus pada keaiban dan kelemahan diri sendiri.Jika tidak punya masa, cari tips dari orang yang berjaya bagaimana mereka mengurus masa dan boleh melakukan pelbagai perkara dalam masa yang suntuk, pasti kita akan mempelajari sesuatu berguna dari mereka.Dan pabila mereka sudah berjaya dan lebih dari kita usah mencemuh dan iri hati.Itu bahagian mereka,rezeki kita tak lama lagi, Insha Allah.

Mereka tidak tahu apa yang dimiliki hari ini bukan milik mereka tetapi sebenarnya adalah milik mutlak dan  keizinan Allah.Hari ini amat mudah untuk mereka berkata kata.Esok lusa kita tidak tahu nasib apa yang bakal menimpa kita.

Aku bersyukur dengan nikmat tidak bekerja.Walaupun tidak punya gaji ribu riban seperti dahulu mewah nak makan apa sahaja tanpa perlu berfikir mampu atau tidak ataupun membeli belah tanpa perlu buat kira kira, aku cukup bahagia dengan rezeki aku. Aku masih tersenyum dan tertawa malah aku merasakan udara yang aku hirup hari ini lebih segar setiap hari.Aku melihat segalanya lebih indah dari semalam.

Hidup ini adalah pelangi perubahan.Dalam Al Quran pun ada menyebut sesuatu umat itu hanya akan berjaya jika mereka mengubah dirinya. Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah,manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa. Umpamanya si perokok tegar yang terpaksa berhenti merokok setelah disahkan menghidapi kanser dengan si perokok yang mahu anak kandungnya lahir normal tanpa kesan mudarat dari racun rokok.

Aku berubah daripada bekerja ke tidak bekerja kerana Allah. Aku tidak berhutang apa apa jawaban dengan manusia.Cukuplah aku berhutang dengan Illahi.Allah bagiku sudah mencukupi. Ya , Allah itu telah menciptakan aku maka Dialah yang akan menjagaku. Aku tidak gundah dengan hari esok kerana aku yakin dengan kuasa Allah apatah setelah tidak punya pekerjaan,kehilangan ibu dikasihi dan lain lain lagi ujian.Itu semua membuat kita lebih kuat dan tabah mengharungi liku- liku kehidupan. Apa yang kita nak gusarkan? Soalan duniawi seperti siapa yang akan jaga kita bila tua kemudian hari membujang ke tua,siapa nak bayar bil dan tanggungan dan sewaktunya itu soalan yang remeh temeh. Kau sudah tahu jawapannya bukan. Ya, Allah.. kepada Dia kita akan kembali. Bukankah Islam itu mengajar kita untuk bersangka baik, istikharah, berusaha dan bertawakal serta berdoa?

Apakah tiada pekerjaan itu sesuatu yang hina lagi buruk? Itu pandangan orang yang melihat dari perspektif  separuh gelas air itu kosong.

Boleh jadi dengan keputusan tidak bekerja itu membuka peluang pekerjaan baru yang lebih baik untuk kita. Atau boleh jadi ia memberi kesempatan untuk kita menuntut ilmu baru,memperdalamkan pengetahuan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi?

Namun paling utama sekali ia mendekatkan diri kita kepada pencipta yang memberi anugerah paling mahal sekali iaitu masa. Masa kita dengan Allah ..ia tidak boleh dibeli atau dibayar. Bagi siapa yang telah merasai nikmat ini pasti tahu betapa manisnya..betapa indahnya menyelusuri hari dengan nurNya,mendengar alunan bait bait ayatNya dan melihat keajaibanNya.
Ia hanya boleh dirasai dengan mata hati bukan dengan mata kasar.

Sejujurnya aku tidak terasa hati dengan soalan kebudakan yang ternyata belum cukup matang kerana aku anggap mereka itu masih jahil dengan soal kehidupan.Ada kalanya dalam jawapan bergurau itu ,kuselitkan dakwah dan peringatan kerana aku rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka. Dunia ini dicipta untuk keperluan bukan kemahuan. Orang yang bersyukur itu cukup dengan nikmat sedikit.
Adapun orang yang kufur nikmat tak pernah akan rasa cukup. Berfikirlah sebelum bercakap. Adakala diam itu lebih bijak dari berkata-kata yang menunjukkan kebodohan diri.






Saturday, March 29, 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

Insan ini idolaku.Walaupun telah lama arwah pergi meninggalkan kita November tahun lepas, aku masih mengingatinya seumpama ia seperti adik kandungku.Saban hari aku jadikan arwah sebagai inspirasi dalam kehidupan seharian , baik perbuatan dan fikiran.Allah telah menciptakan arwah untuk aku dan kau musabahah diri dan bekerja sehabis baik dalam apa jua pekerjaan dan sentiasa berbakti.

Bila aku alpa atau lalai bukunya pasti mendorong semangat aku dan membuat aku teruja dengan kehidupan.Alhamdullilah. Syukur aku masih bernafas dan mampu beramal.

Siapa jejaka ini? Apa hebatnya tentang dia? Beliau ialah Ahmad Ammar seorang pelajar yang bijak lagi tekun , sahabat yang prihatin, anak dengan pengakhiran yang baik, murabbi dan pencetus ummah.Malah tidak keterlaluan jika kami katakan beliau seorang Mu'addib.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. 

Kematian beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai orang. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel. Sahabatnya menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.  Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Baca dan pelopori kisah serta catatan arwah dalam buku berjudul Cerita Cinta Ahmad Ammar.Bagi yang belum memilikinya boleh pre- order buku tersebut sebelum 4 April 2014 ini. Stok terhad.PM di facebook page Urbaniqab  segera untuk booking. Harga RM 23 (tambah RM6 untuk pos laju Semenanjung dan RM9 Sabah Sarawak.)