Thursday, March 26, 2015

Siapa Imam Bukhari?

Bagi yang terlepas webminar Syeikh Omar tentang Imam Bukhari ,boleh lihat di video youtube :

https://youtu.be/v2vmBXCsr80

Ini catatan sendiri biodata ringkas Imam Bukhari .Moga bermanfaat .

Nama Asal : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari atau lebih dikenal Imam Bukhari

Lahir : Hari Jumaat 13 Syawal 196 H/810 M  

Wafat : 1 Syawal 256 H/870 M
(Umur 62 tahun) .

Beliau meninggal dunia di Khortanaq sebelum bertolak ke Samarkhand dengan untanya. Imam Bukhari berasa pening kepala, muntah dan jatuh sakit.
Sebelum itu beliau telah diuji dengan ujian fitnah yang berat beberapa kali ketika umur 60 tahun kerana hasad dengki dan cemburu pada populariti beliau & Allah telah memakbulkan doanya di malam terakhir Ramadhan. Jenazahnya dikebumikan di utara Samarkhand.

Tempat lahir : Bandar Bukhara di Khorasan ( kini Uzbekistan).

Beberapa perkara menarik mengenai Imam Bukhari.

Datuk Moyang :Al Mughirah peluk Islam. Asal Parsi , bukan Arab dan dahulu adalah pagan - Majusi ( menyembah Matahari).

Ayah :  Pengkaji dan penulis hadis serta ahli fiqh.Bermahzab Maliki & anak murid Imam Malik. Meninggal dunia di waktu muda sewaktu Imam Bukhari masih kanak kanak. Amat berhati terhadap perkara syubhah dan halal sehingga ia diwarisi oleh anaknya Imam Bukhari biarpun Imam Bukhari tidak pernah mengenali ayahnya.
Antara contoh tingginya adab dan akhlak Imam Bukhari:

Imam Bukhari pernah tersenyum melihat telatah lucu gurunya yang buta kerna gurunya begitu ghairah menyampaikan syarah mengenai Rasulullah. Imam Bukhari khuathir perbuatannya tersenyum itu mempersendakan gurunya & adalah sebahagian dari ghibah maka segera beliau memohon maaf kepada gurunya.

Ibu : Balu dan sentiasa berdoa Imam Bukhari dipulih penglihatannya sehingga pada satu malam bermimpi bertemu Rasulullah & atas berkat doa ibunya Imam Bukhari pulih penglihatan pada usia 10 tahun.

Cerdas & punya daya hafalan tinggi :
- Beliau pernah berkata , " Aku hafal 100 ribu hadis tetapi aku juga menghafal 200 ribu hadis palsu "

- Pernah diejek kerana tidak mencatat nota dalam halaqah. Lazimnya beliau akan berdiam diri bila diejek oleh rakan sekelasnya sehingga satu hari dia menyuruh mereka mengujinya dengan 1500 hadis yang mereka telah tulis. Bukan sahaja beliau dapat mengingati semua malah memperbetulkan segala kesalahan nota mereka sehingga rakan rakannya duduk semalaman memperbetulkan catatan mereka.

- Antara Imam dan perawi lain yang pernah menjadi anak murid kepada Imam Bukhari ialah Imam Muslim , Imam Malik dan Tirmidzi.Guru-guru yang pernah mendidik Imam Bukhari  juga pernah menjadi anak murid dan belajar dari Imam Bukhari .

- 11 tahun ; Beliau pernah menegur kesalahan gurunya Syeikh Ad Dakhili ketika gurunya sedang mengajar hadis dalam halaqah.

-12 tahun ; Hafal lebih 7000 hadis , khatam kitab Al Waki & Mubarak.

-  16 tahun ;Tunaikan haji dengan ibunya  dan meminta kebenaran untuk menetap di Hijaz ( Mekah & Madinah). Waktu ini Imam Bukhari telah habis berguru dengan semua 1800 guru di Khorasan & hafal 70,000 hadis. Di Hijaz , beliau berguru dengan ramai ulama dan mengembara ke Bashrah ,Kufah Baghdad ,Syam (Syria) Mesir dan berulang alik mengkaji hadis serta fiqh.

18 tahun ; Beliau menerbitkan kitab pertamanya “Qudhaya as Shahabah wat Tabi’ien” (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan Tabi’ien).

21 tahun:  Mula mengumpul hadis sahih setelah mendengar hajat gurunya  Syeikh Ishaq alangkah baik jika ada perawi yang mengumpulkan segala sumber hadis yang sahih dijilidkan ke dalam sebuah kitab yang boleh dijadikan sumber rujukan yang muktabar.Maka  Imam Bukhari mula meneliti 600 000 hadis dan mula menulis kitab hadis pada usia 21 tahun.  Sebelum menulis beliau akan berwudhuk, memakai wangian dan solat istikharah.

Imam Bukhari pernah berkata dalam kitabnya,"Aku takhrijkan sahih ini hasil daripada koleksi 600 ribu buah hadis dan tidaklah aku masukkan 1 hadis pun ke dalamnya kecuali terlebih dahulu mengerjakan solat 2 rakaat."

Akhirnya lahirlah kitab hadis yang berjudul " al-Jāmi’ al-Musnad al-Sahīh al-Mukhtaṣar min umūr Rasûl Allāh wa sunnanihi wa ayyāmihi " atau dikenali hari ini sebagai Shahih Bukhari .Ia dianggap kitab yang terunggul dan sahih (benar) selepas Al Quran.

Imam Bukhari seorang yang teliti dan seperti para fuqaha dan Imam terdahulu sangat prihatin dan menjaga adab dan akhlak dengan Allah.Imam Bukhari mengutip sisa sisa janggut seorang jemaah masjid dan membuangnya.Beliau tidak menegur jemaah tersebut malah menunggu sehingga orang itu beredar.

Beliau juga pengamal sunnah antara kegemarannya ialah memanah sehingga dikatakan sasaran anak panahnya sentiasa tepat. Imam Ahmad Hanbali menyifatkan beliau seorang yang paling hebat yang pernah dia temui dari Khorasan dan beliau tidak pernah berbicara mengenai hadis sewaktu pertama kali bersua dengannya namun dia dapat melihat keperibadian,kewarakan dan ketinggian ilmu melalui sunnah yang dihidupkan oleh Imam Bukhari.

Friday, January 30, 2015

Blessing in disguise.

Alhamdulillah it ended. At last.
Gone all the tears. Helllooo smiley face!

Lately i barely slept. It's been a month or two that I had to force myself to sleep by reciting Quran, reading or write till i am really exhausted.

Today , I woke up after 4 hours of sleep, feeling rejuvenated.
I sat in the balcony & watched the sunrise .For the first time I felt a sense of calmness and gratitude. I noticed how big the sun is and how small we are compared to God's creation. So does my little tiny problem. It's nothing compared to the universe.

All this while I've been weeping for a stupid meaningless fling.Yes , people can do stupid things when it comes to the matter of heart. Love makes you blind ,they say. Then after so many phases and stages of drama,denial,rejections, griefing ,contemplating and reasoning, it hit me. All came back to me into pieces like a jigsaw puzzle. I finally see the bigger picture.  I had an epiphany or Oprah's favourite word , " My Aha Moments" . (Yeah , I am know at the stage of accepting ...haha)

I had the life that most people  envied & die for which is Freedom.
I quit my job ,got to do what I love & passionate .I can wake up at anytime I want. Do whatever I wanted. I start up my own company, Urbaniqab Trading, get the opportunity to do charity & volunteering work that lead to freelance job offer with Mercy Mission,meet wonderful strangers & customers that later become best friends .I can travel,eat sleep whenever I like because I had many good friends who gladly open their arms and welcome me anytime at their couch & pantry , which I am really grateful for.Alhamdulillah  , may Allah grant you Jannah , my sahabah for always being there during my loneliest darkest hour especially when I need you the most. 

So why do people get sad & heartbroken really bad?
It's because of the memories, illusions of hope & expectations.

We got carried away with emotions yet we've forgotten to see the beauty that surrounded us and appreciate what we have now.

I realized now .
I am capable of anything.
I might not have big car,big houses,or big family but I have big dreams.
I might not have it all but I've got other things that other people don't have~ Time.

Being single is a blessing too.
The single ones yearned to have beautiful kids ,great husband & happy marriage while the married couple longing for privacy and things they wished they can do when they're still single. We tend to forgot that everything requires commitment ,effort & TIME. Marriage does not define happiness.You don't need people or things to make you feel happy and complete.
What makes you happy is YOU.

The sooner you realize that things are the way it is because Allah had decreed something much more better for you , the easier you'll let things go. Make lots of duaa and ask everyone to make duaa for you too.
And always make duaa for others as well.

Indeed things happen for a reason.
I 'm glad I finally found my "hikmah" & "sakinah".I forgive and am now a working in progress to forget.Strange as it may sound , I feel happy the way things turn out

What makes me able to forgive and forget so quick ? I saw him as not the One. The One will not hurt you & let you face difficulties alone. Beside he is not what I wanted. I want a guy who is faithful, honest,knows exactly what he wants & a leader. Basically a "muslim" & a gentlemen.

Wish me luck then.
I can't hardly wait to embark new beginnings & finally meet "him" one day when the time is right :)

Ameen.

Saturday, April 05, 2014

Soalan duniawi

" Sekarang buat apa?"

"Tak kerja? Belajar tinggi tinggi duduk rumah sahaja?"

"Sudah kahwin? Tunang?"

"Habis buat apa? Berniaga online?"

Soalan -soalan rimas. Soalan soalan masyarakat yang aku malas nak jawab .Tak jawab pun salah juga , lagi banyak telahan dan fitnah berleluasa.

"Wah ... padanlah banyak masa. Boleh buat kerja sukarela,membaca,pergi ke kelas dan macam macam aktiviti!"

"Senanglah bapak ko kaya...bolehlah tak kerja dowh"

"Tak kerja ni tunggu orang masuk meminang ker? Jangan memilih sangat nanti tak laku, baru tau"

"Biznes online ni boleh untung ke?"

Hmmm..kalau ikut hati yang memberontak, memang binasa mulut .Kalau dilayan tak fasal -fasal lebur sahaja pahala bersabar,menggunung dosa kalah Gunung Uhud.

Kadang kadang tu terlepas juga jawapan berbisa sebab aku juga insan biasa, bukan malaikat. Tambah lagi yang bertanya bertubi- tubi itu orang asing, baru mengenali aku tak sampai lima minit sudah menyoal macam Karpal Singh.


Orang sebegini adakalanya aku rasa kasihan dan simpati. Lantang dan kuat bila menghakimi kehidupan seseorang tetapi hakikatnya kalau diselidiki atau sembang lama dengan mereka,aku dapati dia manusia yang mindanya penuh dengan negativiti, sebenarnya punya pelbagai masalah yang lagi berat dan hebat dariku, tidak ada ketenteraman dalam dirinya, kosong dan miskin dari segi amal, pemikiran,masa dan akhlak.

"Hmm.. kalau diberi 48 jam sehari pun jika tidak pandai urus masa dan tepati janji pun tidak berguna. Memberi alasan lebih mudahkan dari mengurus masa? Allah beri kelapangan masa kepada mereka yang Dia kehendaki. Kalau selalu mengeluh sibuk dan katakan diri tak cukup masa ,penat itu dan ini justeru itulah yang akan kita perolehi.Kerana kita tidak bersyukur dengan pemberianNya dan sentiasa berkata demikian hinggakan ia menjadi doa sampaikan sudah jadi mantra harian"  (Macam dia seorang sahaja yang sibuk.haha.Agaknya bagi dia orang tak bekerja itu tidak berbuat apa apa..tiada kerja katakan. Prof Ungku Aziz pernah menukilkan bahawasanya orang yang selalu berkata dirinya sibuk itu hakikatnya adalah orang yang paling tidak banyak kerja.Hanya banyak cakap kurang kerja.Yalah sibuk bercakap kan.)

"Ya belajar tinggi tinggi duduk dapur jer. Kenapa awak nak ambil saya kerja kah?Awak nak bayar gaji saya" (Mungkin dia susah tengok aku tak kerja..hehe.sakit mata kot.Baginya orang tak bekerja ni makan tidur sahaja)

"Bujang.Ada apa dengan status saya? Kenapa akak nak offer suami akak kah? Saya jadi madu akak boleh? Hehe.." (Terkedu kakak kepoci..mungkin tak sangka terpacul jawapan bonanza)

"Belum cuba belum tahu.Lagipun rezeki Allah tu di mana mana.Rezeki Allah itu luas. Berusaha dan niat sahaja aku berniaga kerana Allah Taala. Tak kira apa kaedahnya asalkan halal dan amanah."

Nah..itu jawapanku bagi wartawan yang tak henti henti melemaskan aku dengan soalan cepu mas.Soal sesedap rasa tanpa memikirkan perasaan tetapi yang lucunya bila sudah diberi jawapan terasa hati pula. Usah melihat keaiban atau mencari kekurangan orang lain sebaliknya fokus pada keaiban dan kelemahan diri sendiri.Jika tidak punya masa, cari tips dari orang yang berjaya bagaimana mereka mengurus masa dan boleh melakukan pelbagai perkara dalam masa yang suntuk, pasti kita akan mempelajari sesuatu berguna dari mereka.Dan pabila mereka sudah berjaya dan lebih dari kita usah mencemuh dan iri hati.Itu bahagian mereka,rezeki kita tak lama lagi, Insha Allah.

Mereka tidak tahu apa yang dimiliki hari ini bukan milik mereka tetapi sebenarnya adalah milik mutlak dan  keizinan Allah.Hari ini amat mudah untuk mereka berkata kata.Esok lusa kita tidak tahu nasib apa yang bakal menimpa kita.

Aku bersyukur dengan nikmat tidak bekerja.Walaupun tidak punya gaji ribu riban seperti dahulu mewah nak makan apa sahaja tanpa perlu berfikir mampu atau tidak ataupun membeli belah tanpa perlu buat kira kira, aku cukup bahagia dengan rezeki aku. Aku masih tersenyum dan tertawa malah aku merasakan udara yang aku hirup hari ini lebih segar setiap hari.Aku melihat segalanya lebih indah dari semalam.

Hidup ini adalah pelangi perubahan.Dalam Al Quran pun ada menyebut sesuatu umat itu hanya akan berjaya jika mereka mengubah dirinya. Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah,manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa. Umpamanya si perokok tegar yang terpaksa berhenti merokok setelah disahkan menghidapi kanser dengan si perokok yang mahu anak kandungnya lahir normal tanpa kesan mudarat dari racun rokok.

Aku berubah daripada bekerja ke tidak bekerja kerana Allah. Aku tidak berhutang apa apa jawaban dengan manusia.Cukuplah aku berhutang dengan Illahi.Allah bagiku sudah mencukupi. Ya , Allah itu telah menciptakan aku maka Dialah yang akan menjagaku. Aku tidak gundah dengan hari esok kerana aku yakin dengan kuasa Allah apatah setelah tidak punya pekerjaan,kehilangan ibu dikasihi dan lain lain lagi ujian.Itu semua membuat kita lebih kuat dan tabah mengharungi liku- liku kehidupan. Apa yang kita nak gusarkan? Soalan duniawi seperti siapa yang akan jaga kita bila tua kemudian hari membujang ke tua,siapa nak bayar bil dan tanggungan dan sewaktunya itu soalan yang remeh temeh. Kau sudah tahu jawapannya bukan. Ya, Allah.. kepada Dia kita akan kembali. Bukankah Islam itu mengajar kita untuk bersangka baik, istikharah, berusaha dan bertawakal serta berdoa?

Apakah tiada pekerjaan itu sesuatu yang hina lagi buruk? Itu pandangan orang yang melihat dari perspektif  separuh gelas air itu kosong.

Boleh jadi dengan keputusan tidak bekerja itu membuka peluang pekerjaan baru yang lebih baik untuk kita. Atau boleh jadi ia memberi kesempatan untuk kita menuntut ilmu baru,memperdalamkan pengetahuan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi?

Namun paling utama sekali ia mendekatkan diri kita kepada pencipta yang memberi anugerah paling mahal sekali iaitu masa. Masa kita dengan Allah ..ia tidak boleh dibeli atau dibayar. Bagi siapa yang telah merasai nikmat ini pasti tahu betapa manisnya..betapa indahnya menyelusuri hari dengan nurNya,mendengar alunan bait bait ayatNya dan melihat keajaibanNya.
Ia hanya boleh dirasai dengan mata hati bukan dengan mata kasar.

Sejujurnya aku tidak terasa hati dengan soalan kebudakan yang ternyata belum cukup matang kerana aku anggap mereka itu masih jahil dengan soal kehidupan.Ada kalanya dalam jawapan bergurau itu ,kuselitkan dakwah dan peringatan kerana aku rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka. Dunia ini dicipta untuk keperluan bukan kemahuan. Orang yang bersyukur itu cukup dengan nikmat sedikit.
Adapun orang yang kufur nikmat tak pernah akan rasa cukup. Berfikirlah sebelum bercakap. Adakala diam itu lebih bijak dari berkata-kata yang menunjukkan kebodohan diri.






Saturday, March 29, 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

Insan ini idolaku.Walaupun telah lama arwah pergi meninggalkan kita November tahun lepas, aku masih mengingatinya seumpama ia seperti adik kandungku.Saban hari aku jadikan arwah sebagai inspirasi dalam kehidupan seharian , baik perbuatan dan fikiran.Allah telah menciptakan arwah untuk aku dan kau musabahah diri dan bekerja sehabis baik dalam apa jua pekerjaan dan sentiasa berbakti.

Bila aku alpa atau lalai bukunya pasti mendorong semangat aku dan membuat aku teruja dengan kehidupan.Alhamdullilah. Syukur aku masih bernafas dan mampu beramal.

Siapa jejaka ini? Apa hebatnya tentang dia? Beliau ialah Ahmad Ammar seorang pelajar yang bijak lagi tekun , sahabat yang prihatin, anak dengan pengakhiran yang baik, murabbi dan pencetus ummah.Malah tidak keterlaluan jika kami katakan beliau seorang Mu'addib.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. 

Kematian beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai orang. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel. Sahabatnya menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.  Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Baca dan pelopori kisah serta catatan arwah dalam buku berjudul Cerita Cinta Ahmad Ammar.Bagi yang belum memilikinya boleh pre- order buku tersebut sebelum 4 April 2014 ini. Stok terhad.PM di facebook page Urbaniqab  segera untuk booking. Harga RM 23 (tambah RM6 untuk pos laju Semenanjung dan RM9 Sabah Sarawak.)

Monday, February 24, 2014

Roda Kehidupan Anak Adam




Kehidupan kita bagaikan roda.Iman kita adakala berada di atas dan di bawah.
      Basikal tua ini menarik perhatianku tika kembara solo di Pulau Pinang pada tahun baru 1 Jan 2012.

 


FIRMAN TUHAN DARI LISAN NABI;

“Wahai anak Adam!
 Bersabarlah dan bersikaplah rendah hati, pasti Aku memuliakanmu!
 Bersyukurlah pada-Ku, pasti Aku akan tambah untukmu.
 Mintalah ampunan kepada-Ku, pasti Aku mengampunimu.
 Jika engkau berdoa kepada-Ku, pasti Aku kabulkan.
 Bertaubatlah kepada-Ku, pasti Aku terima tobatmu.
 Mintalah kepada-Ku, pasti Kuberi!
 Bersedekahlah, pasti Aku berkahi rezekimu.
 Sambunglah tali silaturahim, pasti Aku panjangkan umurmu.
 Mintalah kepada-Ku, kesihatan, keselamatan, keikhlasan dalam kehendak, warak kepada-Ku dalam bertaubat, dan kekayaan dalam bersikap qanaah.

Wahai Anak Adam!
 Bagaimana engkau akan beribadah, padahal engkau masih kekenyangan?!
 Bagaimana engkau ingin mencintai Allah, padahal engkau cinta pada dunia?!
 Bagaimana engkau bisa cemas kepada Allah, padahal engkau takut miskin?!
 Bagaimana engkau bisa bersikap warak, padahal engkau tamak terhadap dunia?!
 Bagaimana engkau ingin mendapat redha Allah tanpa menolong fakir miskin?!
 Bagaimana engkau bisa mendapat redha-Nya padahal engkau bakhil?!
 Bagaimana engkau ingin mendapat surga, padahal engkau cinta pada dunia dan suka pada pujian?!

 Serta, bagaimana engkau ingin mendapat kebahagiaan, padahal ilmumu sangat sedikit?!”
Sesungguhnya karya Imam Ghazali belum pernah lagi mengecewakan aku .
Bait -bait indah senantiasa mencuit minda tanpa jemu.

Petikan dari kitab Kimiya As-Sa’adah berjaya mengoyah perasaan.
Jiwa pancit dan ragaku terkesan.

Memori silam menyulam dalam kelam malam, terasa ia bagai semalam.
Kalau waktu bisa kuputarkan, aku mahu padam jarum hitam.

Agar luka lama itu tercicir di liku jalanan,
Hilang dari roda- roda ingatan.

Pengalaman jadi pengajaran
Orang kata sabar itu separuh dari iman

Berkata memang mudah,
Percuma lagi murah.

Mereka itu cuma tahu berkata,
Tapi tak punya rasa.

Mungkin segalanya punya hikmah,
Harus belajar pasrah.

Aku bukan hafizah,
Apatah lagi alimah.

Perjalanan imanku masih jauh.
Perlahan lahan kayuh.

Masa untuk bangkit dari jatuh
Bonceng tanpa keluh, buang yang keruh.

Dunia hanyalah persinggahan
Surga destinasi impian.



Saturday, February 22, 2014

Khatam 30 Juzuk dalam 30 hari

Biar betul khatam Al Quran 12 kali dalam setahun?

Hmmm..Formula tampak mudah.
Strategi ajaibnya ialah baca 30 Juzuk dalam 30 hari.
Hanya dalam masa sebulan sahaja boleh khatam Al Quran satu kali.
Darab dengan 12 bulan , maka 12 kali  khatam Al Quran.
 
Oh, itu mustahil sama sekali!
Jangan kata satu juzuk, satu muka surat pun tak mampu.Bacaan masih merangkak-rangkak .Siput sedut pun gerak laju dari itu. Tajwid tunggang langgang. Semua dibelasah dua harkat tak kira mad asli atau tidak. Makhraj lagi lah ke laut.Ini natijah selalu panjat pokok, ponteng ngaji sekolah agama.
 
Baik, kita lihat pecahan matematiknya pula :
1 Quran  = 30 Juzuk
30 Juzuk =30 hari
# maka 1 hari = 1 Juzuk
 
1 Juzuk = 20 muka surat
20 muka surat ÷ 5 kali solat fardhu
#maka 1 solat fardhu = 4 muka surat*
 
* Boleh baca sebelum solat , masa solat atau selepas solat fardhu.
 
Syeikh berpesan mulakan di awal pagi sebelum waktu Subuh.Qiamullail dengan tilawah Al Quran. Baca lebih sedikit sekitar 10-15 muka surat kerana waktu itu sunyi dan belum lagi dihimpit dengan kesibukan dunia, maka mudah untuk fokus bertadabbur memahami tafsiran ayat Kalamullah.
Katanya lagi... Alangkah indahnya sekiranya mashaf rasm uthmani itu menjadi perkara pertama yang dilihat oleh matamu sebaik sahaja bangun tidur. Air wudhuk mungkin bisa menyuci anggota luaran akan tetapi ayat ayat suci itulah yang akan menyuci dalaman yakni hati dan jiwa.
Selepas itu bolehlah sambung membaca satu atau dua muka surat sahaja pada setiap waktu solat fardhu jika khuathir kerja tidak mengizinkan kita untuk duduk lama di hadapan rehal. Jika ada duit lebih disyorkan membeli tiang yang ahli koir atau musik gunakan untuk membaca nota nota musik. Dapatlah tunaikan sunnah nabi berdiri qiam dan solat subuh membaca Al Quran lama sedikit dengan ada bantuan tiang sakti tadi. 
 
Hati masih belum yakin sepenuhnya. Syaitan mula mencucuk jarumnya. "Engkau pasti boleh habiskan 1-2 muka surat setiap kali solat fardhu? Keputusan muktamad? Bagaimana dengan kerja, temujanji, keluarga dan komitmen lain? Ahh..baru jam 1 tengahari. Kau punya banyak masa nanti lepas Isyak."
 
Usai Isyak, tangan mencapai kitab .
Baru baca seayat dua tekak sudah  kering. Baca lagi sepuluh ayat rasa lenguh leher. Sambung baca ke satu muka surat, kaki mula kebas. Hati mula gundah gelana bila sampai muka surat dua. Terasa masa seakan berlalu begitu lambat  untuk tiba ke laman muka tiga. Syaitan bertempikan lari tadi kini sudah ada disisi. Was was mula menerpa.Semangat kian luntur. Buta huruf jadi pembunuh motivasi diri.
 
Jangan mudah menyerah kalah. Pasti ada jalan!
 
Kenal pasti masa yang diperlukan;
4 muka surat = 10-15minit
20 muka surat = 50-60 minit
1juzuk = 1 jam dalam 1 hari.
 
Jika kita mampu menonton wayang lebih dari sejam atau membaca status fb berjam- jam apatah lagi membaca Al Quran dalam masa sejam.Sebenarnya kita bukan tak mampu, cuma tak mahu sahaja :-)
 
Tidak teringinkah menjadi hafiz dan hafizah?
Tak mahukah kita membebaskan 10 ahli keluarga dari azab api neraka dan melihat ibu bapa kita memakai mahkota di syurga nanti bila sudah pandai menghafal Al Quranul Kareem?
 
Tak terkilankah bila Allah tanya buat apa dengan masa sejam di dunia?
 
Berhenti mencari alasan.
Mulakan tindakan!
 
Kini hidayah bersepah depan mata.
Cuma mahu atau tidak sahaja.
 
Macam - macam ada.
Ada kelas berbayar dan percuma,ada kursus intensif dan jangka panjang,ada tadarus dan talaqqi di masjid, ada teknik canggih Al Baghdadi, Furqan & Iqra,ada mashaf sebesar poket, ada android dalam telefon pintar , ada rancangan tv Al Hijrah,Oasis,TV9 dan radio IKIM, ada group whatsApp dan facebook One Day One Juzuk Malaysia, ada pen yang boleh berkata kata, ada cd & mp3 karaoke Syeikh Mishary (bacaan lambat), Ghamidi (bacaan sederhana) dan Sudais (bacaan laju).
 
Pilih jangan tak pilih , Jah!
Nak melangkah ke Jannah bukan mudah.
 
Syurga bukan untuk orang manja.
Syurga untuk orang yang berusaha.
 

Friday, February 21, 2014

Ada apa pada sekeping kain hitam?

 
 Orang selalu tanya, "Mengapa berniqab? Kenapa pilih warna hitam dan tak bosankah warna pudar? Tak teringin kah pakai tudung warna warni , manik berkelip kelip cantik, melilit -lilit kepala dengan tudung half moon atau menyarung busana indah kain chiffon jarang warna pastel ala puteri ? ".

Gambar Hiasan : Model Urbaniqab
 
Ramai terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Aku dulu suatu masa itu jahil juga. Aku fikir cukup dengan scarf pendek menutupi rambut di kepala , tak perlu sarung kaki sudah menutupi aurat dengan sempurna.

 
Rupanya hijab ternyata jauh berbeza daripada aurat. Aurat ialah anggota tubuh yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahramnya manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

 
Hijab itu bukan sekadar pakaian isteri isteri Nabi tapi juga pakaian sunnah yang menutup hati dengan rasa aib, menghindarkan si pemakai purdah itu untuk melakukan kemungkaran, menjaga akhlaknya seiring dengan pakaian taqwanya.



Aku tidak tahu sama ada mahu menjawab pertanyaan mereka itu atau tidak, kerana aku pasti perkataan yang terpacul nanti bakal mengguris hati si penyoal. Serba salah. Lazimnya aku hanya beri jawapan ringkas seperti aku suka warna hitam itu menawan, tampak cantik melihat Mak Arab berpurdah , mudah , tak cepat kotor, hitam masuk dengan semua warna pakaian lain dan selesa.

Bagiku, tiada yang pelik kiranya seseorang itu memilih untuk berpakaian ninja serba hitam.
Adakala aku rasa lucu dengan stigma masyarakat moden akan purdah , niqab, khimar, burkha atau hijab itu kolot dan taksub pengikut ajaran sesat tetapi tidak pula menjadi isu jika penganut agama lain seperti Sister Nun berlitup dengan kain labuh di Gereja , sami berbaju jingga neon menyilau dengan berkepala botak dan pelbagai lagi anutan agama dengan ritual aneh. Bukan mencemuh tapi memikirkan mana keadilan yang dilaungkan , mana toleransi dan sikap menghormati ?

Sekeping kain menutupi wajah ini adalah sunnah Nabi yang tak ramai mampu laksanakan apatah lagi di zaman dajjal yang penuh dengan fitnah. Isteri isteri baginda S.A.W begitu berhati hati melindungi kecantikan mereka dari dijamah oleh lelaki ajnabi yang bukan suami sah , disamping menjaga diri dari fitnah seperti zina akal, hati dan mata yang mana godaan yang bisa mengheret ke perkara terlarang. Tiada istimewa lagi jika seseorang wanita itu memaparkan kecantikannya dan bertabaruj(berhias) hanya untuk kelihatan istimewa di mata manusia , mengharapkan pujian manusia tetapi disisi Allah mendapat kemurkaan. Yang menyedihkan lagi hubungan yang dibina bersama pasangan yang sekadar tertarik pada kecantikan itu hanyalah plastik seperti komestik yang menempel di wajah , tidak kekal lama luntur seiring dengan tarikh luput usia manusia. Bila kulit kendur, kedut mula menghinggap, perut mulai gendut maka risau alang kepalang takut - takut nanti pasangan mencari yang lebih muda. Berbotol botol ubat botox, jamu, pil dan aneka collagen serta serum kecantikan ditelan, berhabisan ratusan hingga ribuan ringgit semata untuk tampil muda, seksi, cantik dan sewaktu dengannya. Ironinya tubuh yang dibanggakan hasil berjam jam usaha keras di gymnasium itu akhirnya dibalut dengan kain kapas putih, tiada lagi busana mewah dari Eropah. Waktu itu bedaknya hanyalah kapur barus bukan lagi bedak LancĂ´me.

Kita sering mempersalahkan kaum Adam kerana gagal mengawal nafsu dan merendahkan pandangan mereka . Ibnu Mas'ud menukilkan jihad seorang lelaki itu ialah menahan nafsu syahwatnya dan matanya dari melihat wanita bukan mahram manakala jihad seorang wanita itu menahan nafsu keinginannya dan matanya dari memakai pakaian yang boleh menarik perhatian dan nafsu lelaki terhadapnya. Ingatlah, perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat.Tiada Nur baginya.

Adakah kita sanggup meninggalkan solekan wajah dan perhiasan lain pada hari perkahwinan demi Allah?
Sanggupkah kita menolak perkerjaan jika bakal majikan menetapkan syarat tidak boleh berpurdah demi Allah ?
Adakah kita sanggup dipulaukan, dihina, dipersoal, dipandang ganjil, dan dikatakan fanatik atau ketinggalan zaman kerana berniqab demi cinta kita pada Rasullulah S.A.W ?
Soalan soalan ini menguji sejauh mana keihklasan kita dalam menghidupkan sunnah nabi dan meraih keredhaan Allah.

Saidina Aishah r.a mengungkapkan sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.Wanita yang sebaik baiknya ialah bila dia ada di dalam sesebuah majlis tiada siapa yang menyedari kehadirannya, maknanya disini pakaian wanita itu tidak menarik perhatian dan  tidak menonjol nonjol dirinya di khalayak ramai.Saidina Umar Al Khathab r.a pernah melarang kaum wanita agar tidak berjalan di hadapan kaum Adam.

Rasulullah S.A.W bersabda:  “Wanita itu adalah aurat. Jika ia keluar (rumah), maka syaitan bergegas mendekatinya"
 
Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak.
Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh syaitan kerana sebab itulah wanita dikatakan fitnah
Sabda Rasullulah  S.A.W lagi , " "Sesungguhnya seorang wanita, jika berhias lalu keluar rumah, maka ia adalah seorang pezina.Wanita yang memakai bau-bauan (wangian) kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya,maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Perhiasan paling indah di dunia adalah wanita, yang juga fitnah paling berbahaya sekali.

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari.

Kalau tidak masakan  Julius Ceaser, pahlawan Rom yang gagah itu lemah lutut terkesima dengan kecantikan Cleopatra.Allah telah mencipta wanita sebaik kejadian dan memelihara maruah wanita melalui perintah menutup aurat agar wanita ini diberi penghormatan dan dijaga sebaik baiknya. Malah wanita digugurkan kewajipan menunaikan Solat Jumaat untuk menjaga ikhtilat dan melindungi wanita dari fitnah. Solat wanita pula paling afdal ialah di rumah , di dalam kamar biliknya  tempat dia tidur dan saf paling baik afdal bagi wanita adalah saf paling belakang sekali yakni jauh dari pandangan lelaki ajnabi. Ya Allah , betapa Allah sangat menjaga wanita tetapi sayangnya ramai wanita hari ini mensia siakan keistimewaan yang diberikan Allah.

Ketahuilah setiap keringat menahan panas berkerudung itu akan diberi ganjaran setimpal dengan kepayahannya menahan nafsu dari berhias dan berbelanja, menjaga akhlak wanita berniqab dan menahan sabar dalam menjaga auratnya serta tentangan dari pihak di sekelilingnya .

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah: 111)

Hanya orang yang terpilih akan "dibeli" oleh Allah dan yang ganjil akan memiliki pohon Tooba di Jannah, sebuah pohon yang rendang besar yang perjalanan untuk mengelilinginya mengambil masa 100 tahun. Pohon unik ini hanya untuk hambaNya yang kekal istiqomah mendirikan amalan di waktu orang lain tidak mengamalkannya atau melupakan amalan tersebut.

Abu Hurairah pernah berkata:
Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda  serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

Di riwayat lain pula, ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rendang sejauh 100 tahun perjalanan, manakala pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

Di zaman penuh kefasikan ini , ramai yang meninggalkan sunnah nabi kerana terpengaruh dengan dengan permainan dajjal. Malah ada yang tidak tahu amalan Sunnah Nabi dan paling mengharukan ialah orang yang tahu akan sunnah Nabi tapi tidak mengamalkannya.
Nabi SAW yang bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi).

Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu sabdanya yang bermaksud: “Baginya pahala orang yang mati syahid”.  ( Ada yang mengatakan ia hadis dhaif.Sebahagian ulama berpendapat selagi  Hadis dhaif tidak bertentangan dengan Al Quran dan hukum hakam maka ia tetap hadis, walaupun lemah tetapi bukanlah hadis palsu (Maudu’).

Ada hadis menyebut : "Apabila sunnah tidak diamalkan, ia kekosongan akan diisi dengan bidaah. Bahagialah orang yang pelik dari orang ramai semata-mata kerana ingin menghidupkan sunnah nabi.

Wanita yang berniqab itu di syurga kelak dapat melihat wajah Allah S.W.T.
Tatkala semua manusia itu berpusu pusu mencari Allah dan ingin melihat wajah Pencipta Maha Agung tetapi Allah S.W.T. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan ikhlas penuh istiqomah.

Sesungguhnya Allah suka yang ganjil maka jadilah orang yang amalannya ganjil.

Jangan putus asa, berusahalah  dan sentiasa berdoa.
Berpenat penat lah di dunia , berehat rehat nanti di syurga  . :-)